By: ull yyy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Oct-2007 19:22 Email | Share | | Bookmark
Zulkarnain birthday ! hooray .

assalamualaikum pada kawan2 yang sudi singgah sana di fotopages aku. ully. pertama kali, syukur ke hadrat ILLAHI terhadapNYA kerana aku masih bernyawa dan masih sihat untuk buat sebarang aktiviti di mata air dunia ini .. wah .. ayat. ni ada lah birthday ZULKARNAIN B. JAUHARI. betul ke eja ? ni adik jiran bawah rumah aku je ni . datang dia dah potong kek. haiyoo. 18hb 10 tahun 1999 beliau dilahirkan. anak bongsu dalam adik beradik mereka. jadi, kira sayang ni la anak last ni. NAKAL ni woh. ada skali gaduh. aduh .sian abang dia .. hahahaha. ok. ni saja gambar yang dapat aku kongsi bersama. sory tak reti nk menyampaikan sesuatu yg dekehendaki sebab aku bukan tukang cerita yang menakjubkan tapi aku hanya dapat buktikan dengan kekakuan. acewah. WELCOME



...bila tengok dia ni sambut hari jadi.teringat hari jadi aku akan datang ni..dan .aku masih teringat masa kecik aku sambut.aduh.kelakor.hemm. kadang kadang tu,masa dan keadaan yang kita tak duga menjadi kenyataan. ikut la takdir yang telah ditentukan olehNYA. tabah la..



panggilan nain dari kecik lagi . pada mula aku ingat dia ni pompuan sbb mak dia panggil dia nain nain, aku cm..eh..pomuan ke..tapi..ada teloq. aku cm tanya la umi , knp mak dia panggil dia ni nain ? kadang2 tu terdengar la pulak ' ain ' . rupa - rupanya nama dia zulkarnain. oh . kira pahlawan la dia ni..
hahaha.


jadi.aku dah tak tau nk cerita apa dah.sekain.tengok2 la gambar2 ni je aku upload.
sekian terima kasih. end.
family.




ully
freelance for art . design . community .
ym - ully1989
+ + 012 605 1571


Saturday, 13-Oct-2007 03:19 Email | Share | | Bookmark
1 syawal .

penantian cucu dan anak anak ayah di pagi syawal .





SELAMAT HARI RAYA

ully
ym - ully1989
+ + 012 605 15 7 1


Friday, 12-Oct-2007 17:23 Email | Share | | Bookmark
huh. malam raya.

 
 
 
View all 32 photos...
malam raya . ada sorang pakcik dan sorang mak cik aku tak datang .kerja dan pulang ke kg halaman sudah. haish. mari lah berkongsi sama gambar2 . terima kasih. haha ! dapat duit raya..
battery grip...here i come ! !





hai mari lah membeli herbalife.









Friday, 12-Oct-2007 14:06 Email | Share | | Bookmark
selamat hari lahir abang .

Hari lahir abang long yang ke 38.
Ramadhan tahun ini merupakan ramadhan yang ke-5 aku sekeluaraga
menyambut tanpa abang long di sisi.Pemergian abang long menghadap
ilahi pada tarikh 9 april 2003 meninggalkan kesan yang amat mendalam pada
kami sekeluarga.

Aku masih ingat pagi tu,aku tolong isteri abang tuk menjaga kantin
sekolah agama kat cheras.Hampir seminggu abang long demam. Sebagai adik,aku
berasa bertanggungjawab untuk menggantikan tempat abang long menolong kakak
iparku.Macam biasa,pagi tu aku dan isteri abang mengemas apa-apa yang patut.Sedang
sibuk aku mengemas,handphone ku berbunyi."Oh,ummi yang cal la akak".Tapi ummi
tak cakap panjang.Ummi cal hanya untuk menyuruh kami berdua pulang ke rumah
dengan segera.Suara ummi macam orang sedang menangis.Macam-macam perkara
bermain dalam fikiran aku. Hati aku tak tenteram,jantung aku berdegup laju seperti
merasakan ada perkara buruk yang jadi.Aku cume dapat berdoa yang panggilan dari
ummi tadi tidak memaksudkan apa-apa yang buruk.


Aku dan isteri abang bergegas balik. Isteri abang yang sebelum ini tidak reti
memandu,memandu kereta dr rumah hinggalah ke Cheras.Aku dan isteri abang pulang
rumah dengan menaiki tren lrt.Entah kenapa sepanjang dalam tren nak balik rumah,
kakak menangis tak henti-henti.Aku kat sebelah hanya tunduk terdiam.Tak tau nak
buat apa.

Sampai je rumah,aku terus lari menaiki tangga. Tiba-tiba lutut aku terasa
tak bermaya. Aku jatuh. Kelihatan sekujur badan yang berselimut putih dibaringkan
menghadap ke arah kiblat."abang long ke ?Eh,bukan kot.Tapi. .".Ya Allah,jangan
kau tarik nyawa abang long Ya Allah. .

Kaki aku terasa lemah. Aku tak mampu berdiri.Ummi datang lalu memapah aku
untuk berdiri sambil berbisik kepadaku "abang long dah takde".
Aku dapat lihat tangisan sedih ummi.Tapi,betul ke ummi ????

Aku teringat sebelum arwah meninggal,sehari semalam aku menjaga arwah.Abang long
asyik meracau je.Tidur dia pun tak tentu.Tapi sebelum arwah meninggal,dia ada cakap
dengan ummi "jangan tegur dia apa=apa".Apa maksud dia ? Aku pun tak tahu.


Masa aku mandikan arwah kat masjid,hati aku sayu sangat-sangat.Aku sebak melihat
tubuh abang long yang terbaring keras di hadapan aku.Tangan dia sejuk sangat.
Aku sempat mengucup dahi abang long sebelum dia dikapankan.Masa kat kubur,ummi tak
henti-henti menangis.Aku sebak melihat ummi sebegitu.

Sejak dari tu,hidup aku berubah.Semua perkara jadi tak tentu hala.Apa aku buat
semua serba tak kena.Rasa macam hidup aku takde pape.Solat aku pun dah tak tentu.
Kadang buat,kadang tertinggal,kadang-kadang tu langsung tak buat.Jiwa raga aku turut
mati pergi bersama abang long.Ahh!Aku rindukan panggilan "Mat Kong" dari abang long.

Kini,hampir 5 tahun arwah pergi meninggalkan kami di sini.Dan ramadhan kali ini
membuatkan aku benar-benar sedar tentang hidup ..Semoga arwah abang long ditempatkan
bersama dengan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah. . .


SELAMAT HARI RAYA ABANG LONG.

ully
ym - ully1989
++ 012 605 15 71

fara, thnx for wrote it up


Wednesday, 10-Oct-2007 16:45 Email | Share | | Bookmark
selamat hari lahir ayah.



tidak sehebat mana gambar yang ingin aku paparkan. hanya kesedihan seorang bapa bernama MOHAMAD BIN YUSOF iaitu bapa kandung aku yang hanya menanti kisah ramadhan yang akan berakhir ini dan menunggu kisah sedih raya yang menjelang akan tiba tanpa orang yang beliau rindui dan kasihi selama ini. hari jadi ayah kali ni, kami sekeluarga tidak berkemampuan untuk meraikannya. umi hanya masak ikan keli masak lemak cili padi dan sambal goreng saje. AYAH LAJU JE MAKAN ! hahaha. biasa la. favourite orang nogori. aku pon tak solat dulu terus makan.terlupa ayah dah padahal umi masak untuk dia. . ayah sekarang dah berumur 65 tahun. kisah lampau yang aku dan abang dan kakak aku tak dapat lupakan, membuatkan ayah aku berubah dari semasa ke semasa.ALHAMDULILLAH pintu hati nya terbuka tapi sebaliknya kepada manusia - manusia sekeliling yang tidak memahami yang beliau seorang AYAH !
tunggu raya untuk kisah ayah aku seterusnya.

SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR DAN BATIN .

ully

ym - ully1989
+ + 012 605 15 71


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net